TERIMA KASIH!!!!

Sanggar Teater Fauziah Nawi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk segala sokongan yang diberikan dalam menjayakan pementasan Monolog CINTA JULIA yang baru berlangsung pada          21hb November - 2hb Disember yang lepas.
Terima kasih Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan, DBKL, Media Massa, Puan Zuraidah sekeluarga, ZEEL Production, Shasha n Faiz, En. Harun, bloggers  dan seterusnya kepada orang ramai yang sudi menonton, Stefani menghargai sokongan anda.
Kepada produksi Stefani, segala usaha & sumbangan dalam sama-sama menjayakan pementasan ini juga amat dihargai.

Nantikan kemunculan pementasan Stefani 2009.

Teater Muzikal Kanak-kanak - Tok Kura
Bangsawan - Puteri Anggerik Biru
Gerak, Muzik & Teater - Petir
KEMBARA CINTA JULIA

SAMA-SAMA MERASAI KELAINAN DI DALAM STEFANI.

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Farah Ahmad 012-617 0697 atau Chi 012-242 9621.

AKAN DATANG DI BULAN JULAI 2009

SANGGAR TEATER FAUZIAH NAWI
(STEFANI)

SEKALI LAGI AKAN MEMENTASKAN
LORONG BLUES
UNTUK KALI KE-2.


TARIKH: 24HB JULAI - 7HB OGOS 2009
TEMPAT: STOR TEATER DBP
TIKET: RM30 (DEWASA)
RM20 (PELAJAR)

UNTUK KETERANGAN LANJUT / TEMPAHAN TIKET, SILA HUBUNGI
012-6170697 (FARAH)
012-2429621 (CHIE)
017-3167995 (ANNA)

*UNTUK TONTONAN 15 TAHUN KE ATAS SAHAJA


MAHSURI

KEPADA SEMUA PEMINAT FAUZIAH NAWI 
TEATER TERBARU ARAHAN BELIAU 
MAHSURI 
AKAN DIPENTASKAN 
DI 
ISTANA BUDAYA 
PADA 
24HB APRIL - 30HB APRIL 2009
DIBINTANGI OLEH
VANIDA IMRAN
ARJA LEE
AZIZAH MAHZAN
CICO HARAHAP
SABERA SHEIKH
ARD OMAR
DAN RAMAI LAGI
MUZIK OLEH 
IRYANDA MULIA RAMLI
KOREOGRAFI TARI
ADAM CORRIE LEE
KOREOGRAFI SILAT
POIZI NAWI


Tiket 
RM30, RM50, RM70 & RM100
Maklumat lanjut
Box Office 
Istana Budaya
Jalan Tun Razak, KL
Tel: 03-4026 5558
Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi 
9.00 pagi -6.00 ptg (Hari Berkerja)
9.00 pagi-1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian /Tempahan Tiket Secara Online
www.tiket2u.biz Tel 03-4149 8600


Cinta Julia sempena Sambutan Hari Aids Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

21hb Disember 2008 yang lepas, Cinta Julia mendapat undangan untuk menjayakan Sambutan Hari Aids 2008 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling yang berlangsung di Auditorium Kastam (FTKL) di Kelana Jaya . Terima kasih diucapkan kepada PKD Petaling di atas kepercayaan yang diberikan kepada STEFANI untuk sama-sama terlibat dalam majlis tersebut terutamanya kepada Dr. Ismail Lasa & anak-anak buahnya. Ia merupakan penghargaan kepada kami di STEFANI. Disini disertakan beberapa gambar yang dirakam semasa majlis tersebut berlangsung. Harap maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan.


Sesi bual bicara antara penonton dan Puan Hajah Fauziah Nawi

Sedutan dari Cinta Julia

Sedutan dari Cinta Julia

Jalan Pintas ke Stor Teater DBP: Shabery V Anwar


Use this map if you are late for our show. Park your vehicle at parking space on your left..Wisma Mirama etc and cross the road to Bangunan DBP (Old Building).

The Press conference for "MALAM 7 DRAMA 7 DURI" will be held at 3.30 PM, Stor Teater, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kepada para peserta "Malam 7 Drama", pihak Stefani telah membatalkan latihan pada
15 hb Julai, 2008.



BTW, there will be a big night at Dewan Bahasa and Pustaka on the 15th July. Well, we have to skip rehearsal at nearby Stor Teater to accomodate Anwar V Shabery debate. There are children in our team, so we are not going to take any risk.

These children, the youngest Afiq, 8 years old are taking part in MALAM 7 DRAMA.

ikhlas dari Pengarah STEFANI

Cinta Julia buat saya sedar betapa berkaratnya otak wanita yang hampir mencecah 56 tahun ini. Cinta Julia menjadikan saya tak pernah berhenti mengenang arwah emak Hjh Salmiah Sidek yang tegas,kuat kerja dan selalu mendoakan kejayaan puterinya yang panas baran,malas buat kerja dapur dan selalu mahukan perfection dalam tiap kerja yang digalasnya. Arwah mak menjadikan saya tabah dan selalu menyayangi adik-adik kini anak-anak,menantu ,cucu-cucu Dhia dan Mhia juga anak-anak di-Stefani.Arwah bapak yang pernah jadi penyusun kerusi bila UMNO di Sungai Rokam Ipoh ada perjumpaan menyedarkan saya betapa jujur dan setia tanpa mengharap balasan akan menjadikan kita sedar betapa kemerdekaan diri sangat penting dan menjadikan kita bersyukur dilahirkan merdeka.
Anak anak,teman-teman serta sahabat juga saudara mara sentiasa menjadikan saya lebih yakin mengharungi kehidupan ini dengan lebih sabar .Arwah suami yang memahami kehendak isterinya untuk hidup sebagai anak teater adalah tunjang kekuatan saya hingga kini. Cinta Julia memang menjadikan saya lebih sedar betapa ceteknya ilmu saya dalam lakonan dan Cinta Julia juga buat saya lebih yakin suatu hari nanti pasti kebahagiaan itu datang juga dengan menyerahkan diri secara total kepada DIA. Amin

Terima kasih kerana menonton dan bersama melalui liku-liku hidup Julia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada stefani, Ajami , Ce’kem , Amal , Qasih , ryan, @liyanuar, kakiseni, , sultanmuzaffar ,bibi, utusan, kosmo, berita harian,the star,bernama, astro, rtm, media prima, DEWAN BAHASA dan PUSTAKA dan penonton yang hadir serta peminat, semoga Allah memberkati sentiasa.Amin..

FAUZIAH NAWI

CINTA JULIA ( 21 Nov - 2 Dis 08 )





Ketika malam....
kulihat matamu pada bintang
senyuman melambai....
hm...hm..hm..




Bodoh..lemah..nista...
kau takkan ke mana...
kalau darah tu dah haram....
tak bolehnya nak halal....






Bapak memang hebat....
merak kayangan yang menayangkan
pesona ekornya....
apalah makna cemburu berbanding
nikmat cinta.....





Hey..celaka..anak haram jadah...
apa lagi yang kau hendak...
...dah jadi darah daging...
air mata kau pun haram disentuh....





Jangan sentuh anak aku.....
siap merobek mangsa....
...sebelum kau ku malukan...








Kulihat ibu bersungguh-sungguh menari
melepaskan segala sengsaranya... 
Ju mari kita menari...satu..dua..tiga...







..disitulah gelanggang di mana tempat
orang menabur kepalsuan...
ibu hanya bayangkan 
masa depan julia yang bahagia.... ya
bapak selalu menemani ibu....








Aku hilang kawalan...
cinta yang memabukkan....
dia pandai menari..
Haruskah kuterima....




kerana cinta...segalanya jadi ada..
suka..duka..tawa..air mata..darah...
perang...adakalanya kita juga akan
jadi buta dibuatnya...buta rasa..buta mata....



Hati semakin retak seribu....
arjunaku..
hanya sejenak kau sempat
menjadi kekasihku...
ternyata kau bukan.....






Di manakah kan ku temui kamu.....
Di tempat Adam dan Hawa ditemukan.....
Di tempat kekasihku disemayamkan....

Maafkan aku...wahai kekasih maha agung...
dengan kehendakmu
aku akan datang bertamu...
hanya kau di hatiku dan
temukanlah aku dengan
bias di wajahmu ..DI RUMAH HATIKU...

MONOLOG 'CINTA JULIA' (21st NOV - 2nd DEC 2008)



                                    PELAKON : PN. FAUZIAH NAWI
                                    PENGARAH : IRYANDA MULIA RAMLY
                                    SKRIP            : IRYANDA MULIA RAMLY

                                   CONTACT : 012-6170697(farah)
                                                         012-2429621(chie)
                                                         03-42535393(pejabat)


video